Wednesday, March 11, 2009

PEMBERITAHUAN

Salam & Selamat Sejahtera,

DUKACITA dimaklumkan bahawa, Sofaz Enterprise TIDAK lagi menjalankan penternakan CACING secara komersial atas sebab-sebab teknikal.

Oleh itu, semua urusan berkenaan perniagaan penternakan cacing telah diTAMATkan bermula 1 Mac 2009.

Pihak kami hanya memberi khidmat nasihat dan bimbingan secara sukarela selepas pengumuman ini.

Sekiranya ada dikalangan pembaca yang masih mahu mendapatkan bekalan media, induk cacing serta bimbingan, pihak kami sedia membantu. Khidmat ini adalah percuma.

Kepada yang baru berjinak-jinak atau mahu memulakan usaha ini, penuhkan ilmu didada sebelum melangkah lebih jauh.

Selamat Berjaya dan semoga usaha diberkati olehNYA.





-

Monday, January 12, 2009

Tips IK: Sebab-Sebab Gagal Dalam Perniagaan

January 4, 2009

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka, keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda. Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

*Sekiranya anda mempunyai blog, anda dialu-alukan menggunakan artikel ini di blog anda, dengan syarat, tambahkan link kehttp://www.irfankhairi.com