Tuesday, December 16, 2008

Berita Terkini

Dah lama sebenarnya nak poskan gambar-gambar pokok yang saya tanam sebelum raya aritu.

Benih yang baru dipindahkan pada Sept 08 (seminggu sebelum raya). Masa ni guna tanah hitam je. Lepas raya baru letak vermikompos.


Daun pokok cili yang menghijau dan hampir berbunga selepas hampir 2 bulan diberi baja vermikompos.


Pokok ni tak diberi baja vermikompos tapi guna baja air beli kat kedai nursery. Daun dia kuning sikit dan kurus.

Pokok bunga ni juga diberi semburan air cacing.

Cara guna vermikompos:

Baja vermikompos hendaklah ditanam disekeliling pokok. Oleh kerana bahan ini banyak organisma positif, ianya amat sensitif kepada pancaran matahari. Sebaiknya, lepas tabur baja vermikompos, tabur pula tanah biasa.

Cuba la....

Tuesday, November 18, 2008

Basic Knowledge of Vermicomposting

What is vermicomposting? Why use worms?

Known also as worm compost, vermicast, worm castings, worm humus or worm manure, vermicompost is similar to plain compost, except that it uses worms in addition to microbes and bacteria to turn organic waste into a nutrient-rich fertilizer. Vermicompost, or vermiculture, most often uses two species of worms: Red Wigglers (Eisenia foetida) or Red Earthworms (Lumbricus rubellus) rarely found in soil and are adapted to the special conditions in rotting vegetation, compost and manure piles.

How does vermicomposting work?

It works like this: after procuring a container and setting it up (more on that in a sec), feed your worms the same organic waste you'd toss in a compost pile -- which includes just about all of your food waste, save the animal leftovers -- and let them have at it. They chew on it for awhile, and when they're all done eating, they poop (hey, everybody does it) and there you go: vermicompost.

Benefit

In addition to increased nutrient levels, worm castings contain millions of microbes which help break down nutrients already present in the soil into plant available forms. As the worms deposit their castings, their mucous is a beneficial component absent from compost produced by hot or cold composting. The mucous component slows the release of nutrients preventing them from washing away with the first watering. Worm compost is usually too rich for use alone as a seed starter. It is useful as a top dressing and as an addition to potting mixes at a rate of one part castings to 4 parts mix. Your plants will love it.

Wednesday, November 5, 2008

Fakta Vs Auta

Salam,

Saya baru jumpa blog ini dan amat terkejut dengan kenyataan yang ditulis. Saya bukan orangnya untuk mengadili tulisan beliau, tapi mengambilnya atas dasar informasi kepada kawan-kawan untuk kita kongsi bersama. Bak kata Nabil : Lu Pikir La Sendiri ....

1. Makanan Cacing

Auta - Tinja kambing dan lembu....yang lain tak sesuai atau langsung tak boleh

Fakta - Apa sahaja bahan yang berunsur organik (berasal daripada tumbuhan) adalah sesuai....najis ayam, arnab, daun,rumput sesuai dijadikan makanan TETAPI perlu melalui proses fermentasi

2. Sumber bahan makanan

Auta - Kos penyediaan tinggi, semuanya perlu dibeli -harga tinja dan habuk kayu semakin meningkat....kos penternak semakin meningkat

Fakta - Kenapa perlu dibeli?..tak ada tinja gunakan sumber lain...tak ada habuk kayu gunakan sumber yang lain, kenapa hanya bergantung kepada bahan-bahan tersebut?

3. Kenapa menternak cacing ?

Auta - Hanya untuk jual cacing dan vermikompos

Fakta - Sebenarnya lebih daripada itu, sekiranya anda tahu...pastinya anda akan menambah stok cacing yang ada (RAHSIA BESAR TUUUU)

4. Masa depan penternakan cacing

Auta - Tak de masa depan, ramai yang sudah tutup/ bungkus..tak mahu nlagi menternak cacing sebab takde untung

Fakta - Itu hanyalah PROPAGANDA beberapa pihak yang sedang merancang untuk menguasai pasaran, semakin ramai yang hilang minat maka semakin kurang persaingan...

5. Asal cacing L.Rubellus

Auta - Australia

Fakta - Indonesia

Kalau nak kepastian, boleh la check dalam blog ni...

Wassalam.

Tuesday, November 4, 2008

Mana Nak Jual ??

Salam semua,

Lama juga tak buat posting sejak raya ari tu. Sibuk sangat nampaknya.

Sejak kebelakangan ni ramai juga yang call bertanyakan pasal projek ternak cacing ni.
Ada yang nak join projek pawah, nak jual baja dan nak jual cacing pun ada.

Kesian juga bila tengok kawan-kawan terkial-kial nak cari market bila dah sampai masa harvest.
Apa boleh buat, saya kalau buat trading boleh tolong. Yang kesiannya, pemborong yang ada semuanya tekan harga ke paras yang paling minima. Sedih gak memikirkan. Bukan apa, dah la bela cacing tu 3 bulan, pastu bila nak kutip hasil, banyak pula masalahnya.

Cuma apa yang boleh saya simpulkan ialah, pergi kursus bersesuaian dan pastikan ada tawaran kontrak farming. Walaupun harga belian agak rendah, peluang untuk jual semula hasilan projek masih ada harapan. Kalau tak puashati, cari kursus lain dan tengok tawaran yang diberi.

Saya berharap agar semua pengusaha kecil-kecilan ni bergabung dan boleh la kita mengalahkan jerung-jerung yang ada diluar sana. Jerung ni dah la kaya, nak sedut darah orang pulak.... entah la.

Kepada yang dah terkena, mari kita berbincang dan buat networking antara kita. Moga-moga dapat kita atasi masalah ini bersama.

Wassalam.

Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran

Assalamualaikum,



Semoga Syawal tahun ini membawa era baru dalam pentadbiran negara. Tak kira siapa yang memerintah, cuma harapan kami agar kesaksamaan terlaksana.

Memang la minyak turun 10sen hari ni. Tapi boleh ke kita terus hidup dalam keadaan ekonnomi sekarang ?????

Doakan moga projek ternakan cacing kita berjaya dan mencapai matlamat yang diinginkan, insya-ALLAH.

Salam lebaran dari kejauhan....


Thursday, September 11, 2008

Koleksi Gambar

Salam,

Pagi tadi sebelum gi kerja sempat gak ambil gambar terkini projek. Orang rumah komplen, bila nak buat bangsal. Dah nak raya ni, rumah semak semacam je... alahai..















Ni la jumlah 'toyogo' terkini. Tak cukup rasanye sebab jumlah cacing dah mencapai tahap 25kg.

Cadangnya hujung minggu ni nak beli 'toyogo' lagi.

Setakat ni dah ada 5 pelabur sistem pawah mewakili 15kg cacing. Bulan november dijangka harvest.


















Ni media yang aku beli dari Melaka. Baru je sampai sabtu lepas. Tu la..tak de tempat nak letak dahh..

Nanti la...sebelum raya ni kena buat bangsal gak. Kalau idak, mau penuh satu rumah untuk projek ni.

Kat atas tu vermikompos siap untuk dijual. Ada tempahan hujung minggu ni.














Eksperimen la apa lagi. Ni pokok timun jepun (fav bini aku la...).

Cuba tanam guna vermikompos. Baru semalam pindahkan dari tapak semaian.

Kita tengok hasilnya nanti...tungguuuu....














Ni pulak tapak semaian untuk spesis pokok lain yang bakal ditanam guna vermikompos.
Orang kata buahnya akan jadi cantik dan sedap.

So, aku pun nak try gak la... sebelum ni tabur kan pokok bunga je...

....

Monday, September 8, 2008

Selamat Berpuasa

Salam Semua,

Dah hari kelapan kita berpuasa hari ni. Maaf la sebab tak ucapkan salam ramadhan lebih awal. sibuk dengan kerja lain, tu yang membuatkan aku terleka seketika.

Hari ni ofis agak tenang. So, luangkan masa sekejap jengah website & blog rakan usahawan cacing. Beberapa perkara menarik saya jumpa hari ni... antaranya :

Dari Zool Liga Kampung
1. Hama merupakan salah satu musuh cacing.. Anda akan mendapati cacing anda tidak aktif.. Perlu sentiasa menyemak media.. Jika cendawan telah tumbuh seboleh-bolehnya kena kurangkan kelembapan.. Cabut cendawan/kulat tersebut.. Atau pindah sahaja ke media lain..

2. Nak jual cacing/baja.. Memang perkara ini menjadi pertanyaan dalam artikel-artikel terdahulu.. Bagi mereka yang menggunakan konsep contract farming ianya lebih mudah tetapi kalau dicongak-congak untung tak seberapa. Walaubagaimanapun jaringan antara penternak-penternak dapat memberikan info tentang pasaran cacing ini.. Insyallah akan ada permintaan bagi cacing..

3. Media.. Masalah membuat media memang antara perkara yang perlu diberi perhatian.. Untuk jalan mudah beli sahaja media cacing tetapi berbaloikah dengan modal anda???

Banyak iktibar dari luahan saudara Zool dalam blognya. Sedikit sebanyak memberi ruang untuk memikirkan jalan terbaik untuk memajukan lagi industri ini.

Moga aku mendapat bimbingan dariNYA ....

p/s : blog ecah dan azam agrotech masih tidak dapat ditembusi. Banyak nak komen tapi dah tak boleh akses, nak buat camne... kpd tuan punya blog, sila update segera..he..he..he..

.

Friday, September 5, 2008

Update Minggu Ini

Salam semua,

Maaf kerana agak lama juga tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan tugas harian dan sambutan bulan Ramadhan yang mulia ini juga membataskan diri ini untuk meluangkan masa. Maklum la, internet line belum ada lagi. Masih berkira-kira nak subscribe telco mana. U-mobile atau Celcom. Kawan-kawan ada cadangan ke?

Berjumpa dengan shamsul dari Melaka tempohari dapat juga input baru dan idea pelan perniagaan untuk projek ini. Terima kasih diucapkan. Ada order baru untuk awak ni. Semoga dapat berjumpa lagi.

Semalam, berurusniaga dengan Dr. Azwan untuk kali kedua. Rajin dia ni buat bisnes. Handphone ada, kedai runcit, kuih raya, klinik dan cacing. Kagum dengan beliau kerana boleh membuat banyak perkara dalam hidupnya. Orang nya 'humble' dan baik sekali. Walaupun buat trading cacing sahaja, beliau banyak tahu mengenai dunia cacing dan boleh belajar dengan dia. Kursus pun dia buat.

Pagi tadi lepas subuh sempat kemaskini bedding cacing-cacing yang dah berjumlah 15kg tu. Setakat ni dah ada 10kg yang dipawah (amanah tu..). Banyak juga rak yang kena check sebelum siang. Nanti tak sempat lak nak gi kerja lak satu hal. Mula-mula check dulu depa ni sihat ke tak (rujuk buku Emas Hitam ms 100).

Ada beberapa ekor dah tak bergerak, mati le kot. So, pindahkan ke rak baru dengan media baru. Petang ni follow-up tengok boleh sejahtera ke tak.

Tapi ada satu rak yang agak mengejutkan juga. Ramai betul cacing putih. Alamak, masalah ke? Semak balik buku En. Saat Sukami (ms 115). Lega....

Puashati buat kerja pagi ni. Walaupun belum sempat kutip baja kompos yang dah tertunggak sejak hari pertama Ramadhan, kerja rutin selesai untuk hari ni.

Esok full day kena ngadap cacing-cacing ni.

p/s : kepada teman-teman yang teringin nak memulakan projek ni, seelok-eloknya beli dulu buku emas hitam tulisan En. Mohamad Saat Sukami

.

Monday, August 18, 2008

Tips Menarik Minggu Ini


Salam Semua,
16 Ogos 2008
Pagi ni masa saya mahu memulakan kerja-kerja rutin untuk mengasingkan baja kompos, saya dapati 'ramainya' cacing explore keluar dari kondo kediaman masing-masing. Ingatkan ada "fire drill" ke apa ke .... terkejut beruk gak. Selama ni tak pernahpun makhluk ni memberontak ke protes ke atau demontrasi jalanan macam kali ni. "Ponin den" kata orang n9.

Setelah berfikir dan merenung kat mana silapnya, orang umah saya perli, "depa tu tak biasa dok dalam rumah kaca kot ...." Hah !! betui ka ??

Fikir punya fikir, baru la saya sedar bahawa saya dah tersilap beli rak toyogo. Cacing ni tak boleh tinggal dalam 'container' jenis lutcahaya rupanya... alahai ...

Nasib baik ada beli rak toyogo spare. Terus pindahkan mahluk tuhan ke dalan container baru. Huh ...penat gak la melayan benda ni seharian.


17 Ogos 2008

Lepas subuh, terus beri salam kat cacing-cacing dalam kondo baru. Alhamdulillah, nampak gembira je... lega betul rasa dihati.
.

Monday, August 11, 2008

Menjadi Usahawan - Bagaimana Caranya

Salam Semua,

Saya dah explain dalam blog ini sebelumnya pasal bagaimana caranya untuk menjadi seorang usahawan ternak cacing. Kalau tak jumpa, cuba link ini .

Kalau ada pertanyaan boleh la call saya.

T kasih

Thursday, August 7, 2008

Apa Yang Cacing Merah Makan ?

Kita memang tahu cacing merah amat gemarkan campuran tinja/najis lembu @ kambing dan habuk kayu atau jerami. Namun, ada juga benda lain yang boleh dijadikan supplement untuk menggalakkan cacing kita sihat dan aktif.

Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita:
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & AgrotourismSekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber/Dipetik: http://hahaagro.blogspot.com/

.

Cerita Pasal Cacing Merah

Diantara lebih dari 1800 jenis cacing yang dikenal oleh para ilmuwan ada dua jenis cacing yang biasa kita pakai di dalam budidaya cacing dan proses pembuatan baja organik, iaitu jenis Caing Lumbricus Rubellus dan Eisenia Fetida (cacing Tiger/harimau).

Cacing tanah jenis Lumbricus Rubellus adalah cacing tanah yang tergolong dalam kelompok binatang avertebrata (tidak bertulang belakang) yang hidupnya di tanah yang gembur dan lembab. Cacing ini adalah salah satu jenis cacing yang termasuk dalam kelompok cacing epigeic. Kedua jenis cacing ini sangat mudah untuk diternak, selain itu pembiakannya sangat cepat jika dibandingkan dengan jenis cacing lain.

Najis lembu sangat bagus untuk pertumbuhan berat badan dan pembiakan cacing lumbricus Rubellus. Apa bila kita masukan 1 kg cacing lumbricus Rubellus pada satu kotak yang berisi media campuran 1 kg serbuk gergaji yang telah kita rendam dalam air dengan tujuan untuk menghilangkan getah dan bau, dengan 3 kg najis lembu yang sudah lama atau sudah menghitam. Lalu kita berikan pakan dari hampas tahu atau hampas aren, maka dalam jangka waktu dua minggu cacing tersebut akan bertelur atau kokon.

Setelah terlihat telurnya matang atau terlihat kekuningan, kita pisahkan antara cacing induk dengan telornya, induknya kita simpan ke media yang baru dan telor yang berada di media tadi kita biarkan selama kurang lebih dua minggu, maka telor tersebut akan menetas setelah menetas baru kita memberi makan secara rutin, dalam waktu satu bulan kemudian atau paling lambat 6 minggu cacing tersebut telah jadi dewasa dan siap bertelur seperti induknya.

Sementara itu, Induknya yang sudah bertelur, setelah dua minggu kemudian dia akan bertelur lagi. Terus begitu, bila pakannya bagus induk cacing tersebut setiap dua atau tiga minggu sekali ia akan bertelur. Dalam dua bulan dia akan menghasilkan empat keturunan, bila kita punya induk sebanyak 100kg dalam dua bulan kita akan punya 800kg calon anak cacing, bahkan boleh menjadi lebih lagi kerana setiap sebutir telur cacing lumbricus rubellus berisi 4 ekor anak cacing.


Cacing tanah menyimpan banyak khasiat. Kenyataannya, banyak orang yang mengambilnya untuk menyembuhkan beberapa penyakit, tanpa efek sampingan.

Menurut para pakar, cacing Lumbricus Rubellus mengandung kadar protein sangat tinggi sekitar 76%. Kadar ini lebih tinggi dibandingkan daging mamalia (65%) atau ikan (50%). Beberapa penelitian telah membuktikan adanya daya antibakteria dari protein hasil ekstrasi cacing tanah yang dapat menghambat pertumbuhan bakteria gram negatif Escherichia coli, Shigella dysenterica, Staphylococcus aureus dan Salmonella thyp. Dari berbagai sumber para ahli dan pakar cacing mengatakan bahwa banyak sekali manfaat dan khasiat dari cacing tanah ini.

* Diantara khasiatnya untuk :

* Sembuhkan Typus

* Menurunkan kadar kolesterol

* Meningkatkan daya tahan tubuh

* Menurunkan tekanan darah tinggi

* Meningkatkan nafsu makan

* Mengubati infeksi saluran pencernaan seperti typus, disentri, diare, serta gangguan perut.

Lainnya seperti :

* Mengubati penyakit infeksi saluran pernafasan seperti: batuk, asma, influenza, bronchitis dan TBC

*Mengurangkan sengal-sengal akibat keletihan maupun akibat reumatik

* Menurunkan kadar gula darah penderita diabetes

* Mengubati buasir, exim, alergi, luka dan sakit gigi.

(diolah dari beberapa sumber)

.


.

Thursday, July 31, 2008

AWAS - Baja Organik Dari Ladang Babi

Baja organik berasaskan najis babi pula didedahkan

Utusan Malaysia , 1 Apri 2005
KUALA LUMPUR 30 Mac - Selepas digemparkan isu makanan halal dan haram tidak lama dahulu, Persidangan Dewan Rakyat hari ini didedahkan pula dengan penggunaan baja organik dari China yang mempunyai bahan utama berasaskan najis babi.

Lebih mengejutkan, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail (BN-Arau) yang membangkitkan perkara itu berkata, baja berasaskan najis babi itu telah digunakan secara meluas khususnya di kawasan penanaman padi sejak kira-kira empat atau lima tahun lalu.

Beliau yang ditemui pemberita selepas itu berkata, kewujudan baja tersebut disedarinya kira-kira dua tahun lalu apabila dimaklumkan oleh seorang pegawai pertanian berketurunan Cina yang kebetulan terbaca mengenai makluman kandungan yang tertera pada bungkusan baja itu.

"Waktu itu saya sedang melawat kawasan penanaman padi dan kemudiannya pesawah di situ pun terkejut sebaik dimaklumkan kerana tidak tahu yang selama ini mereka guna baja berasas najis babi memandangkan makluman kandungan yang tertera adalah dalam bahasa Mandarin."

"Ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan soal hukum, jika tidak mengenai makanan sekalipun, ia tetap terkena para petani yang menggunakannya,'' katanya.

Lanjut ....

Koleksi Kursus - 31 Julai 2008

Dr. Azwan & Syarikat Agro Tech

Tarikh : 3 Ogos 2008 (Ahad) dan 10 hb Ogos 2008 (Ahad) (Pilih salah satu)

Masa : 8.45 pagi hingga 4 petang

Tempat : Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor

Bayaran : RM 320.00 Sahaja

Diskaun : Pendaftaran melebihi 4 orang (satu kumpulan) ialah RM 300.00 seorang.

Hubungi : Dr Azwan 012-9597074 @
abiteha@yahoo.com


AZR AGRO CENTRE

PRESCOTT HOTEL, KLANG SELANGOR
09 OGOS 2008

YURAN : RM450.00 / SEORANG

Cara pembayaran:Kiriman Wang / Wang Pos atas nama AZR AGRO CENTREBayaran melalui bank ke dalam akaun Maybank (No akaun: 5120 5300 4926) Atas nama AZR AGRO CENTRE

Sebarang pertanyaan, sila hubungi ibu pejabat 03-31803994/95/96 atau (012-2204795) En Naza dan (012-2232436 ) Puan Nurul


KURSUS TERMASUK PELAJARAN TEORI DAN PRAKTIKAL

Penyertaan Program Kursus Ternakan Cacing ini terbuka kepada semua!

TARIKH: Sabtu, 9hb. Ogos 2008

MASA: 9.00am - 5.00pm

TEMPAT: HFI World Trading,
No. 19A, Tingkat 1, Jalan TTJ S/A,
Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban, Negeri Sembilan

Tempat adalah terhad kepada 20 orang setiap sessi!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
06-6793127 > Pejabat
019-6548097 > Mohd Noordin
019-6321222 > Aminuddin
019-6610321 > Azizi
019-6510733 > Mustaffa




Friday, July 18, 2008

Baja Organik Dari Cacing

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan.
Malahan merupakan baja organik yang mesra alam. Fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.
Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai najis haiwan.
Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Thursday, July 17, 2008

Penggunaan Cacing Adalah Harus

Sember : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3110

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam.
Muzakarah kali ini juga turut memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunaan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan qamariah khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walaubagaimanapun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan.
Muzakarah kali ini turut merakamkan ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Osman yang baru dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pahang berkuatkuasa pada 15 Disember 2007 yang lalu dan Jawatankuasa juga mengalu-alukan kehadiran kembali Sahibus Samahah Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi yang telah dilantik semula sebagai Mufti Negeri Sarawak.
Sebanyak empat(4) kertas kerja telah dibincangkan pada muzakarah kali ini dan juga taklimat daripada Prof. Dr. Zhari bin Ismail, pakar dalam bidang sains farmasi Universiti Sains Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa perpaduan dan kesatuan umat Islam amat penting dan beliau berharap semua ahli Jawatankuasa dapat sama-sama membimbing dan mendidik masyarakat khususnya umat Islam supaya memberi keutamaan kepada kepentingan dan kedaulatan ummah dan meninggalkan polemik serta isu-isu yang boleh menghalang dan melemahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimana Saya Boleh Bantu

Salam semua,

Catatan kali ini lebih kepada bagaimana korang boleh menjana pendapatan melalui projek ini.

Biar saya terangkan peringkat demi peringkat ya.

* Beli set pertama = RMxxx

* Anda akan dibekalkan dengan :

  • Perumah / kotak cacing
  • Stok makanan untuk 30 hari
  • Penyembur air
  • Cacing sekilo (1 kg)

* Dalam masa 4 minggu hingga 6 minggu lebih sikit, cacing akan membiak menjadi sekali ganda.

* Apabila kita beri cacing tu makan sekilo sehari, kita akan dapat 30kg baja selepas 30 hari.

* Kerja harian yang perlu dilakukan cuma sembur air 2 kali sehari. Anggaran air sehari ialah 1.5liter.

Untuk mendapatkan baja, pengasingan perlu dibuat (nanti saya explain dalam sessi baja verikompos pulak ya).

Secara teorinya, kita akan dapat balik modal selepas 3 bulan projek ini berlangsung.

Buat masa ini, ada kawan-kawan yang sanggup join projek ni guna konsep "pawah".

Konsep ni pulak, korang bagi modal kepada saya, lepas tu saya akan jaga cacing korang kat umah saya. Saya akan tolong jaga dan jualkan cacing serta baja bila sampai masanya. Itupun kalau korang rasa faktor masa, geli, kotor dan ruang membataskan cita-cita.

Insya-ALLAH, dari sekilo cacing korang akan dapat duit tambahan setiap bulan. Cukup la untuk duit belanja minyak atau lain-lain keperluan.

So, fikirkan dan call aku bila korang rasa-rasa confident atau nak cuba.

p/s : biar bermula dari skala kecil dulu dan lihat hasilnya .......

Update Projek 17 Julai 2008

Salam semua,

Hari ini genap 10 hari projek ternakan Lumbricus Rubellus (cacing merah la tu..).

Setakat ini ramai kawan-kawan yang dah datang tengok macamana projek ni dijalankan. Alhamdulillah, sambutan amatlah menggalakkan.

Hujung bulan ni mungkin ada 5 @ 6 set lagi akan ditambah. Ada beberapa orang kenalan lagi yang menunjukkan minat dan ingin membuat temujanji untuk buat projek ni.

Nampak gayanya projek cacing ni membuka mata orang kita bahawa tanpa usaha tak mungkin kejayaan dicapai.

Gambar kat atas tu ialah air suling yang dibeli dari peti air kat tepi kedai dekat ngan umah aku. Cacing ni kalau boleh guna air yang bebas klorin, baru la sihat dan cergas (lagipun, inikan projek organik so kena la bebas dari bahan kimia).

Okay, nanti kita sambung lagi ya....

Tuesday, July 15, 2008

Yang Dijanjikan - Gambar Projek Saya

Ini la rupanya makanan untuk cacing-cacing berupa campuran najis ternakan dan habuk kayu.
Stok makanan untuk sebulan.

Kena sembur air 2 kali sehari.



Salah satu rak berisi cacing dan baja kompos yang hampir dituai.


Ini la rupanya rumah untuk cacing-cacing tu. Setiap rak boleh menampung sekilo cacing sebulan.
p/s : Artikel lain akan menyusul kemudian. Tunguuuu....!!!

Monday, July 14, 2008

Projek Cacing

Salam Semua,

Aku dah mulakan projek bela cacing ni minggu lepas. Semua orang terkejut. Termasuk la bini aku.... ha...ha...macamana pulak boleh terjebak bela cacing pulak....

Aku beli dari seorang hamba ALLAH ni. Baca post die dari email, pastu dia bagi weblink. Bile aku bukak je.... wow!!! murah gak investment bela cacing nih (tak la mahal macam nak bukak kedai).

So, aku pun call mamat ni. Tanya punya tanya, dia kata kursus online je...tak payah gi seminar ke ape ke. Aku pun risau gak mula-mula dengar, tapi buat-buat macho terus je order.

Urusan paling senang aku rasa. Mula-mula bank-in duit kat dia, pastu esoknya dia hantar barang (next post aku letag gambar ya).

Hari yang ditunggu pun tiba. Lepas kerja aku terus balik tunggu dia datang. Tak sampai setengah jam siap dah dia setup. Dia pun bagi la penerangan dan nasihat serba ringkas. Wah... aku pun rasa senang hati dan lega sebab duit pelaburan dah nampak barangnya. Tunggu hasil je la...

Dua hari lepas tu, mamat tu call tanya perkembangan. Wah... bagus ni. Macam ni boleh la jadi mentor aku.

Dua-tiga hari sekali dia tanya perkembangan cacing, sihat ke? makan ke? mati ke?

Alhamdulillah, setakat ni tak sampai 10 ekor yang mati.

Okey... nanti sambung lagi.

p/s : Terima kasih En. Ali Meru