Syarikat pengeluar makanan sejuk beku bebola daging, HS Nada Sdn Bhd, berhasrat menerokai pasaran luar negara didahului dengan Indonesia menjelang akhir 2012, serentak dengan pasaran di Sabah dan Sarawak bagi enam produk sedia ada.
Pengarah Urusannya, Mohamad Nazri Md Hassan, Setakat ini, produk HS Nada hanya terdapat di pasaran tempatan iaitu di beberapa pasar raya besar dalam negara seperti Giant, NSK, UO dan Mydin.
Menurutnya, bagi memperluaskan pasaran tempatan, produk HS Nada bakal di pasarkan di Tesco dan Jaya Jusco bermula Mei ini.
“Pengeluaran semasa bagi kesemua produk ini adalah empat tan daging sebulan, dengan jumlah maksimum kapasiti pengeluaran sehingga 10 tan daging sebulan di kilang yang terletak di Selayang Baru.
“Daripada segi jualan, kami mampu menjana pendapatan RM60,000 sebulan bagi semua produk HS Nada,” katanya yang sudah mula beroperasi sejak 2007.
Mohd Nazri berkata, bagi mengukuhkan jenama, HS Nada bakal memperkenalkan produk baru dikenali sebagai Burger Patty awal Mei ini.
Menurutnya, dengan pelaburan RM60,000, produk tersebut kini dalam proses pembungkusan dan hanya akan dipasarkan apabila siap sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment