KACANG soya (soya bean) dengan nama saintifik Glycine max dari famili Leguminosae berasal dari Asia Timur tetapi pengeluaran sekarang sebanyak 55 peratus adalah dari Amerika Syarikat.
Pokok kacang soya yang matang setinggi 60 sentimeter (sm) akan
mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama berwarna ungu dan keluar di bawah
ketiak daun antara 31 dan 40 hari selepas ditanam.
Lenggai kacang soya berbeza dengan bagai sumber makanan manusia dan ternakan kerana mengandungi protein yang tinggi.
Di Malaysia kacang soya banyak digunakan dalam pembuatan kicap, tempe, air soya dan sebagainya.
Ia juga boleh diproses menjadi minyak, kosmetik, sabun dan produk pengilangan yang lain.
Antara varieti kacang soya yang sesuai ditanam di Malaysia adalah varieti dari Taiwan seperti Palmetto dan NK3 di samping Improved Pelican, Bossier dan Hardee.
Penanaman
Penyediaan tanah
* Kacang soya sesuai pada tanah peroi yang mengandungi bahan organik yang tinggi.
* Saliran mestilah baik untuk mengelak dari air bertakung.
* pH tanah yang sesuai adalah di antara 5.5 dan 6.5
* Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikan
tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti
dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur
yang gembur.
* Pengapuran perlu bagi tanah yang berasid dan dijalankan dua atau tiga bulan bulan sebelum menanam.
Kadar biji benih dan jarak tanaman
* Kadar biji benih yang disyorkan adalah 50kg/ha. Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat sebelum ditanam dan disuntik dengan Rhizobium japonicum iaitu dengan mencampurkan 10gram rhizobium dengan 250 ml air bersih untuk setiap 10 kg biji benih.
* Jarak tanaman yang sesuai adalah 102sm x 2.5 sm atau 46 sm x 15 sm
atau 66sm x 10sm mengikut kesuburan tanah dan varieti kacang soya.
* Tanam satu atau dua biji selubang sedalam satu hingga tiga sentimeter (sm).
* Biji benih boleh juga ditabur secara berselerak (broadcasting).
* Kadar pembajaan yang biasa adalah 20N:41P2O5:41K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.
* Racun rumpai pracambah seperti Lasso boleh digunakan sebelum menanam.
* Kawalan rumpai secara manual dijalankan 1 -2 kali sebelum pokok berbunga.
Kawalan perosak dan penyakit
* Lalat kacang Melanagromyza sojae boleh dikawal dengan racun serangga yang bersesuaian.
* Perosak lenggai, Etella zinckenella juga boleh dikawal dengan racun serangga Diazinon.
* Penyakit daun disebabkan oleh Fusarium sp. , dan Cercospora sp. boleh dikawal dengan racun kulat seperti Maneb, Zineb dan Manzeb.
* Penyakit reput lenggai disebabkan oleh Collectrichum sp. boleh dikawal dengan mengelakkan masa matang terjadi pada musim hujan.
* Hasil kacang soya boleh dipetik apabila lenggai bertukar warna kekuningan iaitu selepas 79-110 hari ditanam.
* Anggaran hasil adalah 2.2 tan/ha.
No comments:
Post a Comment