Monday, September 8, 2008

Selamat Berpuasa

Salam Semua,

Dah hari kelapan kita berpuasa hari ni. Maaf la sebab tak ucapkan salam ramadhan lebih awal. sibuk dengan kerja lain, tu yang membuatkan aku terleka seketika.

Hari ni ofis agak tenang. So, luangkan masa sekejap jengah website & blog rakan usahawan cacing. Beberapa perkara menarik saya jumpa hari ni... antaranya :

Dari Zool Liga Kampung
1. Hama merupakan salah satu musuh cacing.. Anda akan mendapati cacing anda tidak aktif.. Perlu sentiasa menyemak media.. Jika cendawan telah tumbuh seboleh-bolehnya kena kurangkan kelembapan.. Cabut cendawan/kulat tersebut.. Atau pindah sahaja ke media lain..

2. Nak jual cacing/baja.. Memang perkara ini menjadi pertanyaan dalam artikel-artikel terdahulu.. Bagi mereka yang menggunakan konsep contract farming ianya lebih mudah tetapi kalau dicongak-congak untung tak seberapa. Walaubagaimanapun jaringan antara penternak-penternak dapat memberikan info tentang pasaran cacing ini.. Insyallah akan ada permintaan bagi cacing..

3. Media.. Masalah membuat media memang antara perkara yang perlu diberi perhatian.. Untuk jalan mudah beli sahaja media cacing tetapi berbaloikah dengan modal anda???

Banyak iktibar dari luahan saudara Zool dalam blognya. Sedikit sebanyak memberi ruang untuk memikirkan jalan terbaik untuk memajukan lagi industri ini.

Moga aku mendapat bimbingan dariNYA ....

p/s : blog ecah dan azam agrotech masih tidak dapat ditembusi. Banyak nak komen tapi dah tak boleh akses, nak buat camne... kpd tuan punya blog, sila update segera..he..he..he..

.

2 comments:

Anonymous said...

Tq 4 backlinks..
Saya bukanlah pakar tentang cacing...Malahan saya menternak lebih kepada percubaan ...
Cuma sekadar berkongsi apa yang saya pelajari dari pengalaman dan pengetahuan..

Selamat Berpuasa untuk anda

Unknown said...

Salam,

Terima kasih juga kerana komen blog saya.
Saya masih terlalu baru dan kurang pengalaman. Harap boleh belajar dari tuan.

Selamat berpuasa juga kpd tuan.